RAKAN STRATEGIK
YAYASAN MATCH

Yayasan MATCH merupakan antara rakan strategik Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) melalui Produk Pelaburan Dana Wakaf Bencana - Kenanga Sustainability Series: Emergency Waqf Musa'adah Fund. Merupakan sebuah produk wakaf berasaskan pelaburan di mana sebahagian keuntungan daripada pelaburan tersebut diwakafkan oleh pelabur kepada YWM. Produk ini diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM Siri 36 Bil. 3/2021 pada 24 September 2021 melalui kerjasama antara YWM, Kenanga Investors Berhad dan Yayasan MATCH. Dana wakaf ini akan digunakan untuk membantu mereka yang terkesan akibat bencana seperti ribut, banjir, tanah runtuh serta menangani krisis wabak penyakit.


Kongsi Kongsi