AM

Digunakan bagi tujuan umum dan tiada syarat yang ditetapkan oleh pewakaf.

Contoh: Ahmad mewakafkan sebidang tanah untuk kebajikan ummah

KHAS

Digunakan bagi tujuan khusus dengan maksud tertentu yang ditetapkan oleh pewakaf.

Contoh: Ali mewakafkan sebidang tanah untuk pembinaan masjid / hospital / rumah kedai dan lain-lain.

SIJIL WAKAF TUNAI PENDIDIKAN

Merupakan skim wakaf di mana YWM mempelawa orang ramai berwakaf dengan menggunakan wang tunai. Wang tunai yang dikutip akan dilaburkan dan pulangan (manfaat dari pelaburan) akan digunakan bagi tujuan pembiayaan aktiviti kebajikan berkaitan dengan pendidikan. Dana wakaf yang dikumpul akan dipindah bentuk kepada aset kekal merangkumi objektif pendidikan mengikut kesesuaian dan peraturan yang digunapakai. Manfaat yang dihasilkan akan digunakan untuk tujuan berikut:

  1. Membiayai pembelian alat-alat pendidikan untuk kebajikan masyarakat;
  2. Membiayai belian peralatan atau pakaian untuk murid-murid yang kurang berkemampuan;
  3. Membiayai kos ubah suaian atau tambahan kemudahan pendidikan di mana- mana pusat pendidikan yang bersesuaian; dan
  4. Membantu membiayai kos pendidikan yang diperlukan.
SIJIL WAKAF TUNAI KESIHATAN

Merupakan skim wakaf di mana YWM mempelawa orang ramai berwakaf dengan menggunakan wang tunai. Wang tunai yang dikutip akan dilaburkan dan pulangan (manfaat dari pelaburan) akan digunakan bagi tujuan pembiayaan aktiviti kebajikan berkaitan dengan kesihatan. Dana wakaf yang dikumpul akan dipindah bentuk kepada aset kekal merangkumi objektif kesihatan mengikut kesesuaian dan peraturan yang digunapakai. Manfaat yang dihasilkan akan digunakan untuk tujuan berikut:

  1. Membiayai pembelian alat-alat kesihatan untuk kebajikan masyarakat;
  2. Membiayai belian ubat-ubatan untuk pesakit yang kurang bekemampuan;
  3. Membiayai alatan bantuan perubatan kepada yang kurang kemampuan; dan
  4. Membantu membiayai kos perubatan yang diperlukan.
SIJIL WAKAF TUNAI EKONOMI

Merupakan skim wakaf di mana YWM mempelawa orang ramai berwakaf dengan menggunakan wang tunai. Wang tunai yang dikutip akan dilaburkan dan pulangan (manfaat dari pelaburan) akan digunakan bagi tujuan pembiayaan aktiviti ekonomi. Dana wakaf yang dikumpul akan dipindah bentuk kepada aset kekal merangkumi objektif pembangunan ekonomi mengikut kesesuaian dan peraturan yang digunapakai. Manfaat yang dihasilkan akan digunakan untuk tujuan berikut:

  1. Membiayai pembelian alat-alat yang boleh digunakan untuk peningkatan ekonomi masyarakat;
  2. Membiayai belian apa-apa keluaran dari peniaga-peniaga Islam di mana barangan ini akan digunakan sebagai bantuan kepada mereka yang layak menerimanya; dan
  3. Membantu mana-mana peniaga yang berada di dalam kesulitan tulen akibat berlakunya situasi yang menjadikan peniagaan mereka dilanda
SIJIL WAKAF BANGUNAN

Sijil Wakaf Bangunan merupakan skim sijil wakaf bagi tujuan pembiayaan bangunan-bangunan yang kemudiannya memberi pulangan melalui sewaan oleh penyewa berpotensi. Sebahagian daripada hasil sewaan kemudiannya digunakan bagi tujuan program dan aktiviti wakaf yang akan memberi manfaat kepada kebajikan ummah daripada pelbagai aspek.


Kongsi Kongsi