KUTIPAN
AGIHAN
TASLIM (POKOK)

Dana Taslim merupakan dana yang diperolehi menerusi sumbangan Wakaf Tunai Malaysia. Dana tersebut dibahagikan kepada dua kategori penggunaan, iaitu:

  • dana ditukarkan kepada harta kekal sama ada melalui pembelian atau pembinaan; dan
  • sementara menunggu untuk diganti dengan harta kekal, dana akan dilaburkan dalam produk pelaburan patuh syariah dengan jaminan modal dan akan dikembalikan ke Dana Taslim bagi mengekalkan nilai asal dana tersebut.

Kedua-dua dana tersebut akan digunakan bagi tujuan agama, pendidikan, perumahan, makanan dan kesihatan. Ilustrasi cadangan pengurusan WTM diringkaskan menerusi diagram berikut:

TAWZI' (MANFAAT)

Dana Tawzi’ adalah lebih fleksibel di mana ianya boleh digunakan bagi tujuan pembangunan projek wakaf atau sumbangan amal jariah yang bersifat tidak kekal. Dana ini terkumpul daripada:

  • pulangan yang diperolehi daripada pembangunan yang telah dilaksanakan;
  • keuntungan daripada pelaburan; dan
  • keuntungan yang diperolehi dari Dana Tawzi’.

Kedua-dua dana tersebut akan digunakan bagi tujuan agama, pendidikan, perumahan, makanan dan kesihatan. Ilustrasi cadangan pengurusan WTM diringkaskan menerusi diagram berikut:


Kongsi Kongsi