PROFIL

Yayasan Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan. Ianya telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23 Julai 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees) Yayasan Waqaf Malaysia ialah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Portfolio Agama, manakala Naib Pengerusi ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR). Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah yang lain terdiri daripada wakil Majlis- majlis Agama Islam Negeri, seorang (1) wakil daripada Kementerian Kewangan, seorang (1) wakil daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan wakil daripada sektor korporat.

UNDANG-UNDANG DIGUNAPAKAI

Yayasan Waqaf Malaysia diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258].

Undang-undang berkaitan wakaf yang digunapakai adalah merujuk kepada enakmen-enakmen berkenaan wakaf di Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan undang-undang Malaysia yang berkuatkuasa.

VISI

Menjadi peneraju dalam pembangunan wakaf di Malaysia

MISI
  1. menggunakan mekanisme wakaf selari dengan Maqasid Syariah yang keberhasilannya memberi manfaat untuk Ummah sejagat;
  2. menjadi pengasas (trend-setter) dalam pembangunan wakaf yang akan menjadi rujukan seluruh dunia; dan
  3. memaksimakan pembangunan hartanah wakaf sedia ada dan meminimakan hartanah wakaf yang tidak dibangunkan
OBJEKTIF
  • Membangun dan memajukan harta wakaf di seluruh negara melalui jalinan kerjasama dengan MAIN selaku pemegang amanah tunggal wakaf;
  • Membangun dan memajukan harta wakaf dan harta umat Islam bagi tujuan khairat dan amal jariah melalui pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan kebajikan umat Islam;
  • Menjana modal melalui kaedah-kaedah kontemporari, terkini dan inovatif bagi memaksimumkan manfaat wakaf;
  • Menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi di kalangan umat Islam secara progresif dan produktif, khususnya bagi mengurangkan jurang kemiskinan; dan
  • Menyempurnakan amanah pewakaf.
FUNGSI
MENGUMPUL DANA WAKAF
  • Melaksanakan program-program bagi mengisi dana Kumpulan Wang Amanah Yayasan untuk dijadikan modal ekonomi umat Islam
MEMBANGUN DAN MEMAJUKAN HARTA WAKAF
  • Bekerjasama dengan pihak yang terlibat seperti MAIN, IPTA dan IPTS untuk memaju dan membangunkan harta wakaf serta membuat kajian dan penyelidikan produk baru wakaf
MELAKSANAKAN PROGRAM KEBAJIKAN DAN SOSIAL
  • Merangka aktiviti yang berfaedah kepada umat Islam demi kebaikan hidup di dunia dan akhirat seperti biasiswa, bantuan kepada fakir miskin dan melaksanakan amanah pewakaf sebaik mungkin.
MENJALANKAN PROGRAM PELABURAN
  • Membuat pelaburan ke atas dana Yayasan dan Wakaf Tunai Malaysia dalam sebarang pelaburan yang dibenarkan syarak sehingga pengagihan dilaksanakan.
MENGADAKAN PROGRAM PROMOSI DAN PENERBITAN
  • Mempromosi dan menganjurkan pelbagai persidangan,seminar dan sebagainya; dan
  • Menerbit pelbagai risalah bagi mengembang dan memajukan objektif penubuhan Yayasan
LAPORAN TAHUNAN
Laporan Tahunan 2019

Kongsi Kongsi