Pengumuman
UCAPAN TAHNIAH KEPADA YB SENATOR DR ZULKIFLI BIN HASAN
17-12-2025

Sukacita diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan atas pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bermula 17 Disember 2025.

Seluruh warga YWM menzahirkan komitmen penuh untuk memberikan sokongan dan kerjasama yang padu dalam menjayakan segala dasar, inisiatif dan hala tuju yang akan digariskan demi manfaat agama, bangsa dan negara.

Semoga Allah SWT mengurniakan taufik dan hidayah kepada YB Senator dalam memikul amanah dan tanggungjawab ini serta mempermudah segala urusan dalam meneruskan khidmat bakti dengan penuh kebijaksanaan dan keikhlasan.


Kongsi Kongsi