UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA YB SENATOR DATO’ SETIA DR. HAJI MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR
17-12-2025Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang menjalankan tugas dan amanah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM bagi tempoh 3 Disember 2022 hingga 16 Disember 2025.
Sepanjang waktu ini, YB Senator telah memainkan peranan yang signifikan dalam memperkukuh hala tuju strategik YWM, khususnya dalam memartabatkan institusi wakaf sebagai pemangkin pembangunan ummah yang mampan, inklusif dan selari dengan kerangka Pelan Transformasi Al-Falah dan aspirasi Malaysia MADANI. Kepimpinan YB Senator yang berteraskan ilmu, integriti dan kebijaksanaan telah menjadi pemacu kepada pelbagai inisiatif pemerkasaan wakaf di peringkat nasional dan antarabangsa.
Sesungguhnya jasa dan bakti YB Senator akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah YWM. Semoga Allah SWT melimpahi rahmat dan memberkati setiap usaha serta pengorbanan yang telah dicurahkan. Seluruh warga YWM juga turut mendoakan agar YB Senator sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, keberkatan usia serta kejayaan berterusan dalam apa jua amanah dan tanggungjawab yang bakal dipikul pada masa hadapan.
TERKINI
Kongsi Kongsi