Program MADANI Kita Bersama Komuniti Kuala Pilah, Negeri Sembilan
22-11-2026Kuala Pilah, 22 November 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyertai Program MADANI Kita Bersama Komuniti Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang berlangsung di perkarangan Bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Cawangan Kuala Pilah. Program ini merupakan inisiatif bagi membolehkan agensi-agensi kerajaan menyampaikan pelbagai perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat setempat, sekali gus memudahkan rakyat mendapatkan akses kepada perkhidmatan yang disediakan.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Sebagai tanda sokongan, YWM turut menyalurkan tajaan berjumlah RM10,000.00 bagi membantu menjayakan penganjurannya kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia selaku agensi peneraju program ini. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Dalam kesempatan yang sama, YBrs. Dr. Ridzwan turut meluangkan masa menyantuni petugas YWM yang bertugas mengendalikan khemah pendaftaran serta kaunter pameran wakaf bagi memberikan penerangan dan menyerbarkan maklumat berkaitan wakaf kepada pengunjung yang hadir.
Penyertaan YWM dalam program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam mendekati masyarakat, memperluas penyampaian maklumat berkaitan wakaf serta meningkatkan kesedaran dan penglibatan rakyat dalam menyokong agenda pembangunan wakaf.
TERKINI
Kongsi Kongsi