Aktiviti
Penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia dalam Forum Hadhari 3/2026 - Masjid Lestari: Sejauhmana Impak Wakaf Masjid Hijau
17-11-2026

Bangi, 17 November 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyertai Forum Hadhari 3/2026 bertemakan “Masjid Lestari: Sejauh Mana Impak Waqaf Masjid Hijau?” anjuran Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Forum ini menampilkan YBrs. Dr. Norshariani Abd Rahman, Timbalan Pengarah, Institut Islam Hadhari, UKM sebagai moderator, bersama dua orang ahli panel iaitu:

  1. Tuan Haji Ir. Azman Abu Bakar, AJK Biro Pembangunan & Ekonomi Masjid Zaid bin Haritsah; dan

  2. Puan Khairunnisa binti Rassul, Eksekutif Syariah YWM.

Perbincangan ini mengupas peranan dan potensi wakaf dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar melalui pembangunan masjid hijau. Sesi perkongsian turut membuka ruang pertukaran pandangan berkaitan pelaksanaan wakaf dalam menyokong pembangunan masjid yang lebih lestari, cekap sumber dan memberi manfaat berterusan kepada masyarakat.

YWM komited untuk terus memperkasa peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang bukan sahaja memberi manfaat dari sudut sosial dan ekonomi, malah turut menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.


Kongsi Kongsi