Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia Sumbang Beg Cenderahati Untuk Tetamu Majlis Penutupan dan Penganugerahan Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-66 Tahun 1448H/2026M
10-10-2026

Kuala Lumpur, 10 Oktober 2026 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) terus menyokong usaha menyemarakkan syiar Islam menerusi tajaan sebanyak 1,500 beg cenderamata sempena Majlis Penutupan dan Penganugerahan Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Kali Ke-66 Tahun 1448H/2026M yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur.

Warga kerja YWM turut terlibat sebagai petugas bagi membantu mengagihkan beg cenderamata kepada para tetamu yang hadir, sekali gus mencerminkan komitmen YWM dalam menyokong penganjuran program keagamaan di peringkat antarabangsa. Selain itu, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, juga telah hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif sebagai jemputan khas dalam majlis tersebut.

Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang MTHQA Kali Ke-66 Tahun 1448H/2026M. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada umat Islam untuk terus mendalami, menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

YWM komited untuk terus menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan ummah melalui semangat wakaf dan nilai-nilai Islam.


Kongsi Kongsi