Aktiviti
Taklimat Wakaf Sempena Roadshow Kesedaran Berwakaf dan Perkhidmatan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Peringkat Daerah Yan Bagi Tahun 2026
13-10-2026

Yan, 13 Oktober 2026 - Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menjemput Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) untuk bersama-sama menjayakan Roadshow Kesedaran Berwakaf dan Perkhidmatan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Peringkat Daerah Yan Bagi Tahun 2026 yang diadakan di Dewan Khulafa Ar Rasyidin, Pejabat Agama Daerah Yan.

Encik Muhammad Muzzammil bin Mat Rodzi, Eksekutif Bahagian Pengurusan Dana YWM telah menyampaikan taklimat wakaf yang bertajuk ‘Pengenalan Yayasan Waqaf Malaysia’ kepada hampir 100 orang peserta dari pelbagai agensi yang hadir.

Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman mengenai konsep, kepentingan serta peranan wakaf sebagai instrumen kebajikan dan pembangunan sosioekonomi ummah. Melalui perkongsian ini, para penjawat awam yang berkhidmat di daerah Yan berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelaksanaan wakaf serta peranan YWM dalam memperluas budaya berwakaf dalam kalangan masyarakat.

Diharapkan perkongsian ini dapat menyemai kesedaran dan menggalakkan lebih ramai penjawat awam untuk bersama-sama menyokong usaha memperkasa institusi wakaf demi manfaat masyarakat serta kesejahteraan ummah secara berterusan.


Kongsi Kongsi