Aktiviti
Pra Pelancaran Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-66
17-09-2026

Kuala Lumpur, 17 September 2026 - Tahun ini, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berbesar hati menjadi salah satu penaja dengan menyediakan goodies khas untuk pengunjung Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-66 yang bakal berlangsung pada 6 hingga 10 Oktober 2026.

Sebagai simbolik tajaan, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menyerahkan tajaan tersebut kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee di Majlis Pra Pelancaran MTHQA 2026 yang diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail A, World Trade Centre Kuala Lumpur.

Kecil tanda ingatan, besar maknanya. Semoga sumbangan ini dapat menambah kemeriahan MTHQA 2026 dan bersama-sama menyemarakkan lagi kecintaan kita terhadap al-Quran.

Semoga segala urusan penganjuran dipermudahkan dan MTHQA 2026 berlangsung dengan lancar serta penuh keberkatan.


Kongsi Kongsi