Kunjungan Hormat Pertubuhan IKRAM Malaysia
22-09-2026Putrajaya, 22 September 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Hj Badlishah Sham bin Baharin, Presiden IKRAM dan disambut oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Pertemuan ini membincangkan tindakan susulan kerjasama YWM dan IKRAM, khususnya usaha pembangunan semula Gaza serta bantuan kepada masyarakat Palestin.
Antara inisiatif yang dicadangkan termasuklah pelaksanaan Wakaf Air bagi menjamin akses kepada sumber air bersih menerusi telaga, tangki, dan sistem bekalan air. Di samping itu, konsep Masjid Hijau turut dibincangkan bagi mempromosikan penggunaan tenaga solar, penjimatan air, dan kelestarian alam sekitar berlandaskan prinsip wakaf.
Dalam bidang pendidikan, kedua-dua pihak membincangkan potensi penyaluran manfaat wakaf kepada sekolah-sekolah di bawah IKRAM bagi menyokong kemudahan pendidikan, teknologi, prasarana dan kebajikan pelajar yang memerlukan. Semoga kerjasama ini dapat memperkasakan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah dan kemanusiaan, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Kongsi Kongsi