Aktiviti
YWM Semarakkan Program Sebarkan Salam, Pendang Berselawat dan Program MADANI Kita Bersama Komuniti Pendang 2026
27-09-2026

Pendang, 27 September 2026 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) terus memperkukuh komitmen dalam menyokong program keagamaan dan kemasyarakatan menerusi penglibatan dalam Program Sebarkan Salam & Pendang Berselawat 2026 pada 25 September 2026 serta Program MADANI Kita (PMK) Bersama Komuniti Pendang 2026 pada 26 September 2026.

Program Sebarkan Salam & Pendang Berselawat 2026 yang berlangsung di Pondok Mujamma’ Ibnu Sunni Al-Talaqqi, Pendang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, dan menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat awam, guru agama, pelajar serta masyarakat bukan Islam.

Turut hadir ialah YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta barisan dif kehormat. YWM turut hadir dengan diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif. YWM telah menaja sebahagian daripada kos penganjuran program ini.

Manakala menerusi PMK Pendang yang diadakan di Pekarangan Stadium Mini Pendang, Kedah, YWM berperanan sebagai Jawatankuasa Goodies, Pendaftaran dan Cabutan Bertuah bagi menyokong kelancaran pelaksanaan program dan penglibatan para pengunjung.

YWM juga turut membuka kaunter di reruai Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat Pendang termasuk wakaf, konsultasi, pendaftaran potongan gaji serta bahan terbitan YWM.

Penglibatan YWM dalam kedua-dua program ini mencerminkan komitmen berterusan YWM dalam mempromosikan wakaf, mendekati masyarakat serta menyokong usaha memperkukuh kefahaman agama, ukhuwah dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Semoga penglibatan ini terus membuka ruang kepada masyarakat untuk mengenali YWM dengan lebih dekat dan menjadikan budaya wakaf sebagai sebahagian daripada usaha bersama dalam membangunkan ummah dan negara.

Wakaf Membangun Malaysia MADANI


Kongsi Kongsi