Penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia Di Pavilion Al-Falah Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025
01-06-2025Kuala Lumpur, 1 Jun 2025 -Tahun ini sekali lagi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama-sama agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah bernaung di bawah Pavilion Al-Falah untuk membuka kaunter perkhidmatan masing-masing di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL25) bermula 23 Mei 2025 sehingga 1 Jun 2025.
Pada hari pertama penganjuran, YWM turut membawakan slot Sembang Wakaf bersama DJ Suffian Amrin dan pewakaf YWM di Pentas Utama PBAKL25. Sesi ini mengetengahkan perkongsian bermanfaat mengenai pengalaman dan peranan seorang pewakaf muda dalam memberi inspirasi kepada generasi peneraju negara untuk mendalami ilmu wakaf. Sesi sembang yang berlangsung secara santai namun penuh pengisian ini menekankan kepentingan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah dari sudut ekonomi dan sosial.
Berikut pada 27 Mei 2025, Majlis Perasmian Pavilion Al-Falah & Pelancaran Buku Baharu Agensi Pengurusan Hal Ehwal Agama sempena PBAKL Kali Ke-42 telah disempurnakan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Buku baharu terbitan YWM iaitu Mudahnya Wakaf! turut dilancarkan bersama dan dijual kepada umum dengan harga RM15.00 senaskah.
Terima kasih buat para pengunjung atas sokongan yang diberikan sepanjang pintu Pavilion Al-Falah dibuka.









TERKINI
Kongsi Kongsi