Seminar Kesedaran Wakaf dan Profesionalisme Pendidikan
23-11-2024Shah Alam, 23 November 2024 - Telah berlangsung Seminar Kesedaran Wakaf dan Profesionalisme Pendidikan kerjasama antara Sekolah Bandar Tun Hussein Onn 2 (SKBTHO2) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Dewan Seminar, Wisma NUTP Selangor. Wakil YWM iaitu Puan Khairunnisa binti Rassul, Eksekutif Syariah Bahagian Dasar dan Pembangunan telah menyampaikan ceramah bertajuk 'Wakaf, Satu Pelaburan Abadi' kepada kira-kira seramai 170 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan sekolah, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKBTHO2 dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Selangor.
Semoga ilmu yang disampaikan mendapat manfaat kepada semua yang hadir. Dan kepada mana-mana agensi yang berminat untuk menjemput YWM hadir memberikan taklimat wakaf, boleh hubungi Bahagian Pemasaran dan Korporat di talian 03-88710800 / 019-2007481.
TERKINI
Karnival Al-Falah MADANI Permatang Pauh 2025
30-11-2025
13th Global Waqf Conference 2025
27-11-2025
Kongsi Kongsi