Aktiviti
Aktiviti Badminton Kelab Kebajikan dan Sukan Yayasan Waqaf Malaysia
02-09-2024Putrajaya, 2 September 2024 - Telah berlangsung aktiviti badminton anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Kompleks Kejiranan Presint 11 yang melibatkan penyertaan dari kakitangan YWM dan subsidiari. Antara objektif aktiviti ini ialah mengeratkan ukhuwah antara kakitangan dan memupuk kesedaran diri yang kuat. Selain itu, menjadi terapi kepada kakitangan dalam melaksanakan tugas hakiki disamping memupuk gaya hidup sihat dikalangan semua kakitangan. Semoga aktiviti sihat seperti ini akan terus dapat diadakan pada masa hadapan bagi mewujudkan pekerja yang produktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.
TERKINI
Kongsi Kongsi