Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia Perkukuh Kerjasama Strategik Wakaf Malaysia – Oman
15-11-2026

Muscat, 15 November 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) meneruskan siri pertemuan strategik di Oman menerusi mesyuarat bersama Bowsher Endowment Foundation bagi meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan, pengurusan dan pelaburan aset wakaf.

Pertemuan ini melibatkan Sheikh Malik, Ketua Pegawai Eksekutif Bowsher Endowment Foundation; Sheikh Abdul Aziz Al Ghafri, Ketua Wakaf, Haji dan Umrah Sohar Islamic dan YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Perbincangan memfokuskan kepada perkongsian kepakaran, pembangunan wakaf komersial dan peluang pelaburan rentas negara bagi memperkukuh ekosistem wakaf yang progresif, mampan dan berimpak tinggi.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen YWM dalam memperluas jaringan strategik antarabangsa demi memperkasa ekonomi wakaf dan kesejahteraan ummah.


Kongsi Kongsi