Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Yayasan Waqaf Malaysia Bersama Sajian Ambang Sdn. Bhd. dan Al Afandia, Arab Saudi
09-11-2026Jeddah, 9 November 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah memeterai Memorandum Persefahaman ) bersama Sajian Ambang Sdn. Bhd. dan Al Afandia, Arab Saudi bersempena Hajj Conference & Exhibition 2026 di Jeddah, Arab Saudi.
Majlis ini pemeteraian kerjasama ini telah ditandatangani oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, bersama Tuan Haji Faisal Ali, Pengerusi Sajian Ambang Sdn. Bhd dan Mr. Abdullah Itani, Pengerusi Al Afandia, Arab Saudi serta disaksikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM.
Menerusi inisiatif Waqf Food Security ini, YWM berperanan sebagai pemudah cara strategik yang menghubungkan kepakaran industri makanan Malaysia dengan peluang pembangunan wakaf produktif di Tanah Suci.
Kerjasama ini membuka ruang untuk menggabungkan kepakaran Malaysia dalam pengeluaran makanan, pembangunan menu ASEAN dan pengurusan pemakanan dengan kemudahan pengeluaran serta rangkaian operasi Al Afandia di Makkah dan Madinah. Matlamatnya adalah untuk menyokong penyediaan makanan yang lebih terancang, selamat dan sesuai dengan keperluan jemaah haji serta umrah.
Usaha ini turut meneroka potensi pulangan ekonomi bagi menyokong kebajikan dan pembangunan masyarakat, seiring aspirasi YWM memperluas manfaat wakaf di peringkat antarabangsa.
TERKINI
Program Sebarkan Salam @ Kinabalu 2026
16-11-2026Kongsi Kongsi