Aktiviti
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Yayasan Waqaf Malaysia bersama PT Family Food Indonesia
10-11-2026

Jeddah, 10 November 2026 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menjalin kerjasama strategik bersama PT Family Food Indonesia bagi memperkukuh inisiatif Wakaf Food Security sempena Hajj Conference & Exhibition 2026 di Jeddah, Arab Saudi.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada pembekalan produk makanan halal, pes masakan dan produk siap guna dari Indonesia kepada dapur berpusat di Arab Saudi untuk penyediaan sajian berkualiti kepada jemaah haji dan umrah, khususnya dari Indonesia.

Majlis turut dihadiri oleh Kepala Indonesian Trade Promotion Center Jeddah, Pak Bagas Haryotejo serta Pak Rusdi Sachinta, pemilik PT Family Food Indonesia.

Inisiatif ini membuka peluang memperluas pasaran produk halal Indonesia serta memperkukuh rantaian bekalan makanan melalui ekosistem wakaf antarabangsa demi manfaat para jemaah.


Kongsi Kongsi