Aktiviti
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Yayasan Waqaf Malaysia bersama Najmat Taba Trading Company
10-11-2026

Jeddah, 10 November 2026 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah memeterai kerjasama strategik bersama Sajian Ambang Sdn. Bhd. dan Najmat Taba Trading Company (Najmat Tabah Group) sempena Hajj Conference & Exhibition 2026 di Jeddah, Arab Saudi.

Kerjasama ini bertujuan memperkukuh ekosistem wakaf, infak dan keterjaminan makanan bagi menyokong kebajikan serta kesejahteraan jemaah haji dan umrah di Makkah dan Madinah. Turut terlibat ialah Sheikh Ayman Mohammed Al-Dhaifi daripada Najmat Tabah Group, yang mempunyai rangkaian hospitaliti dan kemudahan pengeluaran air mineral di Arab Saudi.

Tiga bidang utama yang menjadi tumpuan kerjasama ialah:

  • Infaq Sabil dan Bekalan Air Mineral

Memperkukuh program pengagihan air mineral ALDURRAH Water kepada jemaah di Masjid Nabawi serta meneroka peluasan manfaat ke Masjidil Haram.

  • Wakaf Food Security dan Dapur Berpusat

Menggabungkan kepakaran Sajian Ambang dalam penyediaan makanan halal berskala besar dengan rangkaian operasi Najmat bagi memperkukuh bekalan makanan kepada jemaah dan hotel, termasuk sajian bercita rasa Malaysia dan Indonesia.

  • Hospitaliti dan Penginapan

Meneroka peluang kerjasama dalam pengurusan hospitaliti, tempahan penginapan, katering dan pembekalan makanan melalui rangkaian Rose Holiday Hotels Group.

Semoga kerjasama ini memperluas peranan wakaf di peringkat antarabangsa, di samping membangunkan ekosistem ekonomi Islam yang mampan demi kebajikan dan keselesaan para tetamu Allah.


Kongsi Kongsi