Aktiviti
Perlawanan Persahabatan Futsal Bersama YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
14-08-2026Kuala Lumpur, 14 Ogos 2026 - Telah berlangsung perlawanan futsal bersama YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang melibatkan pegawai wanita Yayasan Waqaf Malaysia dan Pusat Pungutan Zakat bertempat di Pusat Futsal Sportizza, Setapak, Kuala Lumpur.
Program santai ini bukan sahaja menyemarakkan budaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi medan memperkukuh ukhuwah, semangat berpasukan serta hubungan erat antara kepimpinan dan warga agensi.
Terima kasih YB Timbalan Menteri serta semua yang bersama-sama menjayakan sesi riadah ini. Menang atau kalah adat permainan, ukhuwah dan kebersamaan tetap menjadi kemenangan utama.
Semangat kesukanan mengeratkan silaturahim!
TERKINI
Kongsi Kongsi