Aktiviti
Program Melangkah Bersama MADANI Bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
26-07-2026

Linggi, 26 Julai 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah diundang untuk berkerjasama bagi menjayakan Program Melangkah Bersama MADANI bersama YB Senator Puan Marhamah binti Rosli di sekitar Negeri Sembilan. Program yang berlangsung pada 24-26 Julai 2026 ini merupakan anjuran Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Selama tiga (3) hari YWM, YADIM bersama-sama rombongan Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menjelajah ke tiga daerah di Negeri Sembilan iaitu Seri Menanti, Chembong dan Linggi untuk menyantuni komuniti setempat.

Melalui program ini, YWM telah menyumbang kotak makanan dan tunai daripada Tabung Musa’adah JAKIM-YWM bagi sesi ziarah ke rumah untuk 30 buah keluarga. Manakala YADIM pula telah menyelaras aktiviti riadah untuk sesi petang.

Semoga setiap insan yang disantuni sepanjang program ini terus diberikan kesihatan, kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi setiap ujian.

Terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha dan kebersamaan yang terjalin terus menjadi asbab kepada hadirnya sinar harapan dan kebaikan buat mereka yang memerlukan.

Melangkah bersama, menyantuni dengan kasih, menyebarkan manfaat.


Kongsi Kongsi