Selamat Datang Diucapkan Kepada Delegasi Rasmi Sohar Islamic, Kesultanan Oman Ke Malaysia
05-07-2026Sepang, 5 Julai 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, amat berbesar hati menyambut ketibaan delegasi rasmi daripada Sohar Islamic, Kesultanan Oman di Kuala Lumpur International Airport.
Sesi lawatan kerja dan libat urus strategik bertaraf antarabangsa ini bakal berlangsung selama tujuh hari, bermula 5 Julai hingga 12 Julai 2026. Kehadiran para pemimpin industri dari Oman ini amat bermakna dalam usaha memperkukuh kerjasama pembangunan Projek Wakaf Berimpak Tinggi antara kedua-dua belah pihak.
Kedatangan barisan delegasi kehormat terdiri daripada:
- En. Fahad Akbar Al Zadjali, Head of Islamic Financing Sohar Islamic
- Encik Malik Hilal Al Yahmadi, Chairman of Boushar Endowment Foundation
- Encik Nasser Abdullah Al Nahdi, Head of Retail Banking Sohar Islamic
- Encik Abdul Aziz Masoud Al Ghafri, Head of Awqaf, Hajj & Umrah Sohar Islamic
Sepanjang minggu ini, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar bersama pasukan pengurusan YWM telah merangka pelbagai pengisian komprehensif termasuk Perbincangan Meja Bulat (RTD), lawatan kerja teknikal ke fasiliti pintar, agensi industri dan kewangan, serta tapak-tapak pembangunan projek wakaf tempatan.
Semoga jalinan kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada inovasi instrumen wakaf global demi kemaslahatan dan kelestarian sosioekonomi ummah.
TERKINI
Kongsi Kongsi