Program Temu Seru Bersama Komuniti MADANI: Santuni Anak-Anak Yatim Di Persatuan Kebajikan Darul Hanan
30-06-2026Pasir Gudang, 30 Jun 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) selaku penyelaras utama Program Temu Seru Bersama Komuniti MADANI di Pasir Gudang telah berkunjung ke Persatuan Kebajikan Darul Hanan, sebuah rumah anak-anak yatim dan kurang bernasib baik yang menempatkan seramai 43 orang penghuni.
Selaku penyelaras utama program, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan yang turut hadiri oleh Puan Suhailah binti Omar, Naib Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul Hanan, Tuan Haji Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Dr. Mohd Faridh Hafez bin Mhd Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Tuan Haji Razali bin Tamadi, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang dan Encik Nik Muhammad Hazwan bin Nek Azis, Ketua Seksyen Pembangunan Pendidikan YAPEIM.
Antara sumbangan-sumbangan yang telah disampaikan di lokasi ini adalah:
- Pakej Pembelajaran Digital Waqf Go Learning oleh YWM bernilai RM12,540.00;
- Sumbangan wang tunai oleh YWM berjumlah RM860.00;
- Sumbangan Ihsani MADANI oleh Yayasan Taqwa-MAIWP sebanyak RM10,000.00; dan
- Sumbangan bantuan pendidikan YAPEIM Didik sebanyak RM4,300.00.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan YWM bersama semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam memperkasa kebajikan, pendidikan dan pembangunan modal insan demi memastikan manfaat wakaf terus dirasai oleh semua lapisan masyarakat.
Semoga setiap sumbangan yang disampaikan ini menjadi asbab kepada lahirnya generasi yang lebih berilmu, berdaya saing dan sejahtera.
TERKINI
Kongsi Kongsi