Aktiviti
Penerimaan Sumbangan Agihan Daging Korban Daripada Istana Negara
09-06-2026

Putrajaa, 9 Jun 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) merafakkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Istana Negara atas sumbangan agihan daging korban yang diterima sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun 1447H. Seramai 29 orang penerima terdiri daripada pegawai pelaksana YWM telah menerima sumbangan ini.

Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan serta komitmen berterusan Institusi Diraja dalam menyemarakkan nilai-nilai kebajikan, kesukarelawanan dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Semoga amalan ibadah korban yang dilaksanakan ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT, serta menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memupuk nilai ihsan, perpaduan dan kesejahteraan sosial demi kemaslahatan masyarakat dan negara.

“Berkorban dengan keikhlasan, menyantuni dengan kasih sayang.”


Kongsi Kongsi