Program Melangkah Bersama MADANI: Aspirasi Menuju Reda
24-05-2026Putrajaya, 24 Mei 2026 – Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia telah menganjurkan Program Melangkah Bersama MADANI: Aspirasi Menuju Reda bertempat di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.
Program ini dikendalikan oleh pengacara jemputan iaitu, Puan Vanidah Imran, berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang meriah dengan kehadiran para muslimat dari seluruh negara. Pelbagai perkongsian menarik telah diaturkan seperti sesi perkongsian oleh YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Bual Bicara Bersama Ikon Belia Motivasi Wilayah Persekutuan, persembahan istimewa daripada Ustaz Hisyam (Inteam) serta peraduan cabutan bertuah pakej umrah dan gold bar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama rakan-rakan agensi agama turut membuka kaunter perkhidmatan di sepanjang program ini. Alhamdulillah, sambutan nyata sangat menggalakkan.
YWM juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pewakaf yang telah hadir dan melaksanakan pewakafan mereka pada hari tersebut. Semoga setiap sumbangan anda menjadi amal jariah yang mengalir berterusan dan diberkati Allah SWT.
TERKINI
Kongsi Kongsi