Aktiviti
Mesyuarat Jawatankuasa Promosi dan Publisiti Wakaf PTPTN Bilangan 1/2026
24-04-2026

Putrajaya, 24 April 2026 - Sesi mesyuarat Jawatankuasa Promosi dan Publisiti Wakaf PTPTN memberikan tumpuan kepada pelbagai perkara berkaitan pelaksanaan, penambahbaikan serta hala tuju inisiatif myWaqafPTPTN. Antara perkara yang diberi perhatian termasuk perkembangan pelan pemasaran konvensional dan digital, usaha meningkatkan dana wakaf, serta pelaksanaan strategi promosi melalui pelbagai medium seperti media penyiaran, aplikasi digital dan program lapangan.

Kerjasama strategik antara Yayasan Waqaf Malaysia dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional akan terus diperkasa bagi memastikan inisiatif myWaqafPTPTN dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Usaha berterusan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran serta penyertaan masyarakat dalam menyokong agenda wakaf pendidikan demi manfaat generasi akan datang.


Kongsi Kongsi