Kunjungan Hormat YWM Eratkan Kerjasama Strategik Bersama Ketua Pengarah Baharu JAWHAR
06-04-2026Putrajaya, 6 April 2026 - Pengurusan tertinggi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) merangkap Naib Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM yang baharu, dalam satu sesi pertemuan rasmi yang berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif.
Melalui sesi ini, pihak pengurusan YWM telah berkongsi perkembangan terkini pelaksanaan pelbagai inisiatif wakaf yang merangkumi sektor pendidikan, kesihatan, ekonomi dan pembangunan komuniti serta hala tuju YWM dalam memperkasa agenda wakaf negara.
YWM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak Bhg. Dato’ menerima kunjungan tersebut serta menzahirkan keyakinan bahawa hubungan kerjasama ini akan terus diperkasa bagi memastikan agenda wakaf negara dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, berstruktur dan berimpak tinggi demi kesejahteraan ummah.
TERKINI
Kongsi Kongsi