Agihan Dana Wakaf RM10,000 untuk Maahad Tahfiz Imam Asy-Syafie
02-04-2026Bangi, 2 April 2026 - Maahad Tahfiz Imam Asy-Syafie telah menerima sumbangan RM10,000.00 daripada Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi menampung kos pembinaan dewan serta bilik-bilik kelas untuk kegunaan kepada kira-kira 120 orang pelajar.
Kos keseluruhan pembinaan projek ini dianggarkan berjumlah RM250,000.00, namun dana yang berjaya dikumpulkan setakat ini adalah sekitar RM50,000.00 sahaja. Justeru, sumbangan ini diharapkan dapat membantu mempercepatkan proses pembinaan agar kemudahan yang lebih selesa dapat disediakan. Pusat tahfiz ini juga merupakan sekolah yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor.
Simbolik penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Cik Wan Syazana Akmal binti Wan Roslan, Penasihat Undang-Undang YWM. Semoga projek ini berjalan lancar dan dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dalam melahirkan generasi huffaz yang berkualiti.
TERKINI
Kongsi Kongsi