Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia Sertai Program MADANI Rakyat 2026 Edisi Perak
05-04-2026

Ipoh, 5 April 2026 - Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 membuka tirai dengan lokasi pertamanya di di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya. Program yang dilaksanakan secara berskala besar ini telah menerima kunjungan seramai 313,872 orang, rekod tertinggi sejak penganjuran program ini bermula dari tahun 2024.

Membawa tema ‘Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni’, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaku kementerian peneraju telah berganding bahu bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak selaku negeri tuan rumah untuk menganjurkan program yang bermula dari 3 – 5 April 2026. Majlis perasmian PMR 2026 Perak telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia selaku penyelaras bagi reruai agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengundang Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) untuk bersama-sama menjayakan program ini. Alhamdulillah, sambutan sangat mengalakkan di kaunter perkhidmatan YWM.

Terima kasih kepada para pewakaf yang telah berwakaf. Semoga ganjaran pahala dikurniakan berpanjangan buat anda


Kongsi Kongsi