Aktiviti
RM15,900.00 Untuk Maahad Tahfiz Tawai, Gerik
24-03-2026

Gerik, 24 Mac 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima permohonan bantuan daripada Maahad Tahfiz Tawai untuk mendapatkan sejumlah dana bagi pembangunan semula pejabat, bilik warden dan sebuah tandas yang uzur kerana telah dimakan oleh anai – anai. Prihatin dengan situasi ini, YWM telah mengagihkan dana wakaf tunai berjumlah RM15,900.00 untuk kelangsungan projek pembinaan semula kemudahan sekolah bagi memastikan keselesaan serta kebajikan kakitangan maahad sentiasa terpelihara, di samping membantu melancarkan urusan pentadbiran dan pengurusan pelajar. Berkat usaha dan bantuan dari semua pihak, fasiliti ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan April 2026. Sumbangan daripada YWM telah disampaikan oleh Encik Aflah bin Aminudin dari Bahagian Pemasaran dan Korporat.


Kongsi Kongsi