Program Tazkirah Santai: Ramadan & Wakaf Bersama Warga Kerja UDA Holdings Berhad
05-03-2026Kuala Lumpur, 5 Mac 2026 - Bersempena bulan Ramadan ini, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dijemput oleh UDA Holdings Berhad untuk menyampaikan perkongsian ilmu secara santai mengenai wakaf kepada warga kerjanya.
Program dimulakan dengan tazkirah bertajuk ‘Amal Berterusan Dalam Kehidupan dan Kerjaya’ yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Amir Haziq, Panel Hadis 114, TV AlHijrah dengan gandingan bersama Encik Abu Talib Husin selaku pengacara majlis. Program ini turut diserikan dengan kuiz interaktif yang mendapat respon aktif daripada para peserta.
Program ini diteruskan dengan taklimat ringkas mengenai produk Wakaf Media oleh Puan Maya Idura Sabar, Eksekutif Kanan Bahagian Dasar dan Pembangunan YWM iaitu produk wakaf kontemporari yang diwujudkan melalui kerjasama strategik antara YWM dan TV AlHijrah bagi memperkasa bidang penyiaran dan kandungan media Islamik di Malaysia.
Sejurus program selesai, ramai kakitangan UDA Holdings Berhad mengambil peluang untuk membuat sumbangan di kaunter wakaf YWM.
Diharapkan program seumpama ini dapat terus memperkukuh kesedaran serta menyemarakkan amalan wakaf dalam kalangan warga kerja agensi.
TERKINI
Kongsi Kongsi