Aktiviti
Majlis Iftar Kakitangan Dan Subsidiari Yayasan Waqaf Malaysia 2026 / 1447H
13-03-2026

Putrajaya, 13 Mac 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) melalui Bahagian Pengurusan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama seluruh warga kerja YWM dan subsidiari - Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB). Kehadiran semua bersama ahli keluarga ternyata menjadikan majlis ini lebih bermakna dan meriah.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif dan diikuti dengan penyampaian saguhati kepada semua warga kerja YWM dan PWNB di atas kejayaan YWM dalam merangkul beberapa anugerah berprestij sepanjang tahun 2025.

YWM turut menjemput Al-Fadil Ustaz Nik Mohd Sukiman bin Nik Yusof, Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menyampikan tazkirah ringkas dalam majlis ini.

Saat paling dinanti-nantikan pastinya sesi penyampaian duit raya kepada anak-anak yang hadir. Gelak tawa mereka menambah seri suasana.

Semoga majlis ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, tetapi juga membawa keberkatan dan kegembiraan buat semua.


Kongsi Kongsi