Tajaan Iftar RM3,000.00 Dari Yayasan Waqaf Malaysia Untuk Surau Al-Fateh, Taman Nusa Intan
14-03-2026Seremban, 14 Mac 2026 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) terus memperkukuh komitmen dalam menyantuni komuniti apabila YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM hadir ke Surau Al-Fateh bagi menyampaikan gimik sumbangan tajaan iftar kepada Pengerusi surau, Haji Zaman bin Mat Jidon.
Sumbangan tersebut disampaikan sempena Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh pihak surau bagi memeriahkan pengisian program sepanjang Ramadan bersama komuniti setempat.
Inisiatif ini mencerminkan sokongan berterusan YWM terhadap institusi surau yang aktif menganjurkan pelbagai program keagamaan dan kemasyarakatan. Ia juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial serta usaha dakwah bil hal yang selari dengan fungsi dan peranan YWM dalam memperkasa institusi wakaf serta pembangunan ummah.
Semoga tajaan iftar ini memberi manfaat kepada para jemaah dan menjadi amal jariah yang berterusan. Terima kasih kepada para penyumbang atas kepercayaan yang diberikan melalui YWM.
TERKINI
Kongsi Kongsi