Aktiviti
Program Imarah Ramadan & Majlis Iftar Bersama Yayasan Waqaf Malaysia Di Masjid Khalifah Umar bin Abdul Aziz
08-03-2026

8 Mac 2026 – Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan telah menganjurkan Program Imarah Ramadan & Majlis Iftar bersama YWM bertempat di Masjid Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Taman Desa Bakti, Teluk Intan.

Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar sewaktu dalam ucapan beliau telah menzahirkan komitmen YWM yang sentiasa membantu masyarakat yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif wakaf dan program kebajikan yang memberi manfaat kepada komuniti. YWM juga turut menyampaikan dana tajaan iftar berjumlah RM3,000.00 kepada Masjid Khalifah Umar bin Abdul Aziz bagi menyokong usaha pengimarahan masjid sepanjang bulan Ramadan.

Antara kenamaan yang bersama dalam majlis ini adalah YBhg. Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota, Dato' Haji Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak, YBrs. Puan Mufidah binti Mahfodz, Pegawai Daerah Hilir Perak, YDH ACP Dr. Bakri bin Hj Zainal Abidin, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, YBrs. Ir. Sudin bin Hashim, Jurutera Daerah Hilir Perak serta pimpinan masyarakat setempat di sekitar Teluk Intan.

Semoga sumbangan ini dapat membantu memakmurkan aktiviti masjid serta mengeratkan lagi hubungan antara institusi wakaf dan masyarakat setempat.


Kongsi Kongsi