Aktiviti
Program MADANI Membantu: Singgah Sahur Yayasan Waqaf Malaysia Di DUN Pantai Kundor
07-03-2026

Tanjung Kling, 7 Mac 2026 - Bersempena Ramadan dan Bulan Wakaf Kebangsaan 2026, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) dan JAPERUN DUN Pantai Kundor untuk menganjurkan Program Singgah Sahur YWM di Melaka dengan kehadiran YB Senator Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YBhg. Datuk Tuminah binti Kadi @ Mohd Hasim, Timbalan EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka merangkap ADUN Pantai Kundor.

Turut bersama dalam program ini adalah YBhg. Datuk Tuan Rosli Abdullah, ADUN Kuala Linggi dan YBhg. Datuk Wira Haji Mad Rawi bin Mahmud, Pegawai Tugas-Tugas Khas merangkap Ahli Majlis MAIM.

Menerusi program ini, para rombongan hadir untuk menyantuni masyarakat setempat melalui aktiviti singgah sahur dari rumah ke rumah, khususnya bagi mereka yang sakit terlantar dan uzur. Antara bentuk sumbangan yang disampaikan adalah:

  • Makanan sahur ready-to-eat bernilai tajaan Perbadanan Wakaf Nasional Berhad;
  • 100 kotak sumbangan makanan kering tajaan Yayasan Waqaf Malaysia; dan
  • Sumbangan tunai daripada Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan MAIWP dan MAIM.

Program ini mencerminkan semangat ihsan dan kebersamaan, di mana wakaf menjadi medium untuk menyantuni dan membantu mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada penaja dan semua pihak yang menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak. Terima kasih kepada para penyumbang YWM, semoga Allah SWT memberikan ganjaran pahala berpanjangan buat anda semua.


Kongsi Kongsi