Kunjungan Hormat Pengerusi Baharu Perbadanan Wakaf Selangor ke Yayasan Waqaf Malaysia Perkukuh Sinergi Pembangunan Wakaf
10-03-2026Putrajaya, 10 Mac 2026 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menyambut kunjungan hormat delegasi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dalam satu pertemuan strategik yang bertujuan memperkukuh kerjasama pembangunan wakaf di peringkat nasional dan negeri.
Delegasi PWS diketuai oleh Pengerusinya, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, yang telah dilantik sebagai Pengerusi PWS berkuat kuasa 1 Januari 2026. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PWS, YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar. Kehadiran delegasi tersebut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, bersama barisan pengurusan tertinggi YWM.
Pertemuan ini menjadi platform penting bagi kedua-dua agensi untuk bertukar pandangan serta meneroka potensi kolaborasi dalam pelbagai projek wakaf berimpak tinggi. Antara perkara yang dibincangkan termasuk perancangan program bersama serta usaha memperkasa ekosistem wakaf yang mampan melalui integrasi kerjasama antara agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri.
YWM amat menghargai kunjungan ini dan optimis bahawa jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi akan memperluas impak sosioekonomi kepada masyarakat. Inisiatif seumpama ini juga dilihat mampu memperkukuh peranan wakaf sebagai instrumen penting dalam pembangunan ekonomi umat Islam di Malaysia.
TERKINI
Kongsi Kongsi