Aktiviti
Pembukaan Kaunter Wakaf sempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam
11-03-2026

Putrajaya, 11 Mac 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dijemput oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membuka kaunter wakaf sempena Perhimpunan Bulanan JPA Bulan Mac yang diadakan di Auditorium JPA, Kompleks C, Presint 1.

Melalui pembukaan kaunter ini, pihak YWM telah memberikan penerangan serta perkongsian maklumat berkaitan konsep dan inisiatif wakaf kepada para penjawat awam yang hadir. Kaunter YWM turut didatangi oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang berkesempatan mendengar penerangan ringkas oleh pegawai yang bertugas mengenai memperkasaan amalan wakaf dalam kalangan masyarakat.

Inisiatif ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman serta kesedaran mengenai peranan wakaf sebagai salah satu instrumen kebajikan dan pembangunan ummah.

Rebutlah peluang pada 10 malam terakhir bulan Ramadan ini untuk melipatgandakan amal kebajikan. Melalui wakaf, setiap sumbangan yang disalurkan bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah berpotensi menjadi pahala berterusan (amal jariah) yang mengalir walaupun kita telah tiada. Semoga usaha kecil ini menjadi bekalan yang besar di sisi Allah SWT.


Kongsi Kongsi