Aktiviti
Pembukaan Kaunter Wakaf Sempena Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni Siri 1/2026: Ramadan Dan Kebangkitan Jiwa Anjuran Kementerian Komunikasi
13-02-2026

Putrajaya, 13 Februari 2026 – Unit Integriti Kementerian Komunikasi telah mengundang Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) untuk membuka kaunter wakaf sempena penganjuran Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni Siri 1/2026 di Dewan Serbaguna, Menara Komunikasi. Jemputan ini merupakan inisiatif pihak kementerian untuk menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan yang hampir tiba dengan amalan berwakaf dalam kalangan warga kementerian.

Selain YWM, turut bersama membuka kaunter perkhidmatan adalah rakan agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), iaitu, Lembaga Tabung Haji.

Terima kasih kepada para pewakaf yang telah menyumbang. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran berlipat kali ganda dan keberkatan yang berpanjangan.


Kongsi Kongsi