Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia Anjur Wacana Integriti Bertemakan “Integriti Teras Kesejahteraan Negara”
04-12-2025

Putrajaya, 4 Disember 2025 – Bertempat di Hotel Pulse Grande, Bahagian Pengurusan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menganjurkan satu program wacana bersempena Bulan Integriti Nasional 2025. Program ini telah menghimpunkan kira-kira 47 kakitangan daripada YWM, Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB), The Grand Puteri Hotel (TGPH) Terengganu dan Puteri Bay Hotel Melaka (PBHM).

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBrs. Puan Hajah Nur Syaffina binti Ab Rahim, Pengurus Bahagian Dasar dan Pembangunan YWM mewakili Ketua Pegawai Eksekutif. Seterusnya untuk forum kali ini, YWM menampilkan dua panel berpengalaman iaitu YBrs. Encik Suhaimi bin Mohd Noh, Mantan Konsultan Institut Integriti Malaysia dan YBrs. PKPj Puan Aini Awang Muda, Ketua Cawangan Sosio Budaya dan Politik, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Turut diadakan bacaan Ikrar Integriti oleh seluruh warga kerja YWM, PWNB, TGPH dan PBHM yang menzahirkan komitmen teguh untuk mempertahankan dan membudayakan amalan integriti dengan mencegah serta membanteras segala bentuk jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Penganjuran program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh nilai integriti, amanah dan akauntabiliti dalam kalangan warga kerja YWM dan anak syarikat. Semoga usaha berterusan ini dapat menyokong pembinaan organisasi berintegriti tinggi serta menyumbang kepada kesejahteraan negara secara menyeluruh.


Kongsi Kongsi