Aktiviti
Karnival Al-Falah MADANI Permatang Pauh 2025
30-11-2025

Bukit Mertajam, 30 November 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berkesempatan untuk menyertai pameran kaunter perkhidmatan di Karnival Al-Falah MADANI Permatang Pauh 2025 yang diadakan bermula 28 – 30 November 2025 di perkarangan Masjid Mengkuang Titi. Selain itu, YWM juga sekali lagi telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Jawatankuasa Kebersihan, Pendaftaran dan Goodies.

Program ini merupakan kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang serta melibatkan kesemua 14 agensi agama di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan rakan-rakan strategik.

Pelbagai program yang diatur telah menarik kehadiran masyarakat setempat untuk memeriahkan karnival ini seperti Program Qiyamullail, Kuliah Subuh Perdana oleh Dato’ Ustaz Fauzi Mustafa, Sembang Santai Hijrah Bersama Selebriti, Battle of Tarannum, kursus penyembelihan, sukan rakyat, Daurah Ilmu, Jualan Rahmah MADANI, Tukar Minyak Hitam Motor & Gunting Rambut Percuma, Cabutan Bertuah Pakej Umrah, rakaman Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang melibatkan ahli panel hebat seperti YH Dato’ Dr. Haji Badli Shah bin Alauddin, Imam Muda Asyraf dan YBhg. Dato' Dr. Haji Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim.

YB Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyempurnakan Perasmian Penutupan Karnival Al-Falah MADANI Indera Mahkota pada 29 November 2025.

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah reruai YWM sepanjang karnival ini berlangsung.


Kongsi Kongsi