Aktiviti
Pavilion Yayasan Waqaf Malaysia Di Program MADANI Rakyat 2025 Melaka
19-10-2025

19 Oktober 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah diberi kesempatan untuk mendirikan sebuah pavilion untuk bersama-sama menjayakan penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka. YWM turut mengundang subsidiari, iaitu, Perbadanan Wakaf Nasional Berhad untuk mempromosi hotel wakaf - Puteri Bay Hotel Melaka.

Untuk makluman, Melaka merupakan destinasi terakhir bagi siri jelajah PMR 2025. Program yang berlangsung selama tiga hari di Politeknik Merlimau ini sangat meriah dengan kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

YWM merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah ke Pavilion YWM serta para pewakaf yang telah menunaikan wakaf. Semoga setiap wakaf yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan dan diberkati oleh Allah SWT.


Kongsi Kongsi