Aktiviti
Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Wakaf Media
08-10-2025

Kuala Lumpur, 8 Oktober 2025 – Bertempat di studio TV AlHijrah, telah berlangsung sesi Menandatangani Perjanjian Kerjasama Wakaf Media yang telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan YBrs. Tuan Haji Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hijrah Media Corporation selaku wakil setiap agensi. Majlis ini adalah sebagai tanda kepada permulaan satu kerjasama strategik bagi memperkukuh perjalanan serta ekosistem media penyiaran Islam di Malaysia.

Menerusi Wakaf Media, masyarakat sama ada individu, syarikat korporat, agensi kerajaan atau badan berkanun turut berpeluang menyalurkan sumbangan wakaf bagi tujuan pembangunan kandungan dakwah yang lebih banyak dan meluas.

Sempena majlis ini, turut diadakan siaran langsung rancangan Assalamualaikum Khas yang membawa tajuk ‘Wakaf Anda, Dakwah Kami’.


Kongsi Kongsi