Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada Yayasan Bangi Bandar Ilmu
06-10-2025Putrajaya, 7 Oktober 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Bangi Bandar Ilmu (YBBI) di Kompleks Islam Putrajaya yang diketuai oleh Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YBBI.
Pertemuan dua hala ini memberi tumpuan kepada peenrangan mengenai Modul Mini Tahfiz Al-Falah Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pendidikan Islam.
YWM merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap hubungan yang terjalin akan menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan Islam serta peluasan manfaat wakaf demi kesejahteraan ummah.

TERKINI

Kongsi Kongsi