Malaysia Industry Award (MINDA) 2025 : YWM Rangkul Industry Outstanding Award ( ASEAN Islamic Financial Services)
07-08-2025Kuala Lumpur, 7 Ogos 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) terus mengorak langkah sebagai peneraju pembangunan wakaf negara apabila berjaya merangkul Industry Outstanding Award ( ASEAN Islamic Financial Services) dalam majlis berprestij Malaysia Industry Award (MINDA) 2025 yang berlangsung pada 7 Ogos 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Majlis yang bertemakan "Champions Of Change – Shaping ASEAN’s Future” ini mengiktiraf kepimpinan organisasi yang telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam membentuk masa depan ASEAN yang lebih mampan dan progresif. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada usaha dan sumbangan YWM dalam membina legasi wakaf dan memperkasa ekosistem kewangan Islam berasaskan instrumen wakaf yang inovatif, strategik, berimpak tinggi dan inklusif.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof kepada YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Dengan kepimpinan berwawasan, YWM melihat penganugerahan ini adalah lambang kepada usaha kolektif semua pihak dalam memartabatkan wakaf sebagai pemangkin pertumbuhan Ekonomi yang dinamik dan progresif. Langkah ke hadapan, YWM akan berusaha keras dan komited untuk terus menerajui inovasi wakaf negara dan memperluaskan manfaatnya kepada seluruh lapisan masyarakat.
Terima kasih kepada semua pemegang taruh YWM terutamanya para pewakaf yang menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaan ini.

TERKINI
Kongsi Kongsi