Kunjungan Hormat myAngkasa Amanah Berhad (MAAB) Ke Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)
18-04-2025Putrajaya, 18 April 2025 – YWM berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada MAAB yang diketuai oleh Encik Muhammad ‘Atif bin Noor Mohammad, Pegawai Pembangunan Perniagaan MAAB.
MAAB merupakan Syarikat Amanah milik penuh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). MAAB merupakan Syarikat yang menyediakan perkhidmatan Perancangan dan Pertadbiran Harta Pusaka bagi Orang Islam seperti Penulisan Wasiat, Hibah, Amanah, Perjanjian Aset Pilihan Pasangan (Harta Sepencarian) dan Pentadbiran Harta Pusaka.
Matlamat pertemuan ini adalah untuk membincangkan ruang kolaborasi di antara kedua-dua pihak dalam memberi perkhidmatan dan pentadbiran harta pusaka melalui produk-produk wakaf.
YWM diketuai oleh Puan Norbaity Hariani binti Muhammad, Eksekutif Kanan Bahagian Pengurusan Dana YWM turut berkongsi aktiviti wakaf yang dilaksanakan oleh YWM kepada delegasi yang hadir.
Semoga kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua agensi serta dapat mengimarahkan wakaf di negara ini.
"Wakaf Membangun Malaysia MADANI"

TERKINI
Kongsi Kongsi