Aktiviti
Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif dan Anugerah Khas Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Tahun 2024
21-04-2025

Putrajaya, 21 April 2025 – Telah berlangsung penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024, Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif YWM Tahun 2024 dan Anugerah Khas: The Most Outstanding Achievement Award kepada para pegawai YWM di Majlis Malam Apresiasi YWM bersama Media Tahun 2025.

Anugerah ini telah disampaikan oleh YB. Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Tahniah diucapkan kepada semua penerima:

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024

  1. Nur Ain binti Mohd Nazri
  2. Khairunnisa binti Rassul
  3. Ahmad Shah Rezza bin Ahmad Zubir

Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Tahun 2024

  1. Wan Syazana Akmal binti Wan Roslan
  2. Zulakmal Hakimi bin Zahari
  3. Munirah binti Mat Junoh
  4. Aflah bin Aminudin
  5. Nurul Fitriah binti Asmady Omar
  6. Muhammd Rusydi bin Mohd Shaari

Anugerah Khas: The Most Outstanding Achievement Award

  1. Bahagian Pemasaran & Korporat

Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh warga YWM dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti. Ia turut menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan amanah serta menyumbang kepada pembangunan waqaf di Malaysia.

"Work hard in silence, let your success be your noise"


Kongsi Kongsi