Aktiviti
DANA PERLU YWM SANTUNI 100 PENGUSAHA DAN PEKERJA TASKA
18-07-2021

Melaka, 18 Julai 2021 - Taska antara institusi yang terkesan akibat Covid-19. Walaupun institusi ini dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, tetapi dengan penguatkuasaan Bekerja Di Rumah, tidak semua ibubapa menghantar anak mereka ke taska. Majoritinya lebih senang menjaga anak-anak di rumah.

Pengusaha perlu membayar gaji pekerja, kos-kos utiliti, sewaan dan lain-lain. Pekerja pula pendapatan mereka sedikit terjejas kerana anak-anak tidak hadir sepenuhnya ke taska seperti sebelum ini.

YWM telah hadir ke Taska Astana Bonda yang mewakili 28 taska yang lain untuk memberi sedikit buah tangan kepada mereka. Pek makanan keperluan disedia dan diagihkan kepada 100 pengusaha dan pekerja taska. Program serahan bantuan ini turut disertai oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

“Terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia”.

Ucapan terima kasih ini juga kami panjangkan kepada semua penyumbang Dana PERLU YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana PERLU di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi