Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia Memperkukuh Keterjaminan Makanan Melalui Kolaborasi Strategik
14-08-2024

Kuantan, 14 Ogos 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di bawah kepimpinan YBrs Dr. Ridzwan Bakar telah menerajui perbincangan penting bersama Yayasan Pahang bagi memacu projek wakaf berimpak tinggi melalui pengukuhan sektor keterjaminan makanan dan inisiatif Digital Wakaf Agree. Perbincangan strategik ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dato' Indera Mahmud bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, dan turut dihadiri oleh Pegawai Kanan Yayasan Pahang serta Pegawai Tugas-tugas Khas YWM iaitu En. Zainul Affiq Zainal Abidin. Kerjasama ini mencerminkan komitmen kami untuk membawa perubahan positif dan berterusan dalam memajukan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Teruskan mengikuti kami untuk mengetahui lebih banyak lagi inisiatif-inisiatif yang dijangka memberi impak besar kepada negara melalui instrumen wakaf.


Kongsi Kongsi