Aktiviti
Aktiviti Kayak Kelab Kebajikan dan Sukan Yayasan Waqaf Malaysia
08-08-2024Telah berlangsung aktiviti kayak anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Taman Wetland Putrajaya yang melibatkan penyertaan dari kakitangan dan subsidiari YWM. Program ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah antara kakitangan selain membudayakan gaya hidup sihat dan menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat. Selain itu, pelaksanaan acara ini adalah bertujuan mengutamakan penjagaan kesihatan luaran dan dalaman agar sentiasa sihat dan cergas dalam persediaan melaksanakan tugasan seharian. Semoga dengan aktiviti ini mampu merehatkan minda dan berupaya meningkatkan produktiviti kerja yang cemerlang.
TERKINI
Kongsi Kongsi